Tuesday, August 19, 2008

Sunday, August 17, 2008

Aluan GB


Assalamualaikum Wrbkth.

Terlebih dahulu pada kesempatan ini saya mewakili barisan pendidik dan kakitangan serta murid-murid SKBP ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari blog sekolah ini.

Semoga laman web ini akan menjadi satu jambatan bagi mempertautkan silaturahim dan hubungan muhibah dengan semua pihak, terutama demi bersama-sama mempertingkat kemajuan dan kecemerlangan semua sekolah dalam arus pendidikan perdana di negara ini.

Oleh yang demikian, saya sangat berharap semoga barisan pendidik di sekolah ini akan mempertingkat kegigihan dan bakti mulia untuk sentiasa menjana kecemerlangan sekolah ini ke mercu yang lebih gemilang. Saya sentiasa menaruh keyakinan bahawa barisan pendidik di sekolah ini berkemampuan menaburkan bakti untuk memperkasa lagi sekolah ini.

Di samping itu, saya juga berharap semoga para pelajar dapat mempertingkat ketekunan dalam usaha menimba ilmu, terutama untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Sesungguhnya, ilmu dan pengetahuan akan menjadi obor yang sangat berguna dalam hidup sepanjang zaman.

Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan blog ini.

Insya-Allah, mudah-mudahan sekolah ini akan terus cemerlang dan gemilang.

Wassalam.

Makluman

Sebarang Cadangan dan Maklum Balas Daripada Pembaca, emelkan kepada kami skbpanchor@yahoo.com
Terima Kasih

Gangguan Siaran

Siaran TV terggendala buat masa ini, HArap Maaf

Hargai KEMERDEKAAN Negara Kita

Merdeka 2008



LDP KALI KE 2 & KE 3



KEM KECEMERLANGAN UPSR



HARI GURU 2008



Bestari Solat 3

Perkhemahan 2008



KWAPM 08



Majlis Pertukaran Guru 08



SENAMROBIK PERDANA





Senamrobik SENAMROBIK PERDANA YANG JULUNG KALI DIADAKAN DI SKBP DAN TELAH DIKENDALIKAN OLEH JURURAWAT DARI KLINIK BERIS PANCHOR.

JAMUAN ASRAMA

MAJLIS SAMBUTAN HARIJADI PENGHUNI ASRAMA DAN JUGA PENYAMPAIAN HADIAH BAGI PERTANDINGAN DOM BERSIH DAN CANTIK.

Hari Buka Sekolah & Pertukaran PK Hem





Aidil Fitri 07



Majlis Buka Puasa 07



Sambutan Kemerdekaan Ke 49



Aidil Fitri 06



Perkhemahan 2006



SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2006



Persaraan PK 1



Lawatan SK Pasir Gajah Ke Asrama SKBP



Perkhemahan Tahunan 2004